KISAH WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR
Sebuah
kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli
perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu
berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang
kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai
usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun
semua usaha mereka sia-sia saja. Kesemua orang yang berada di atas kapal
itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri
mereka.
Ketika
semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang
sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir
kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang
terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat
di atas air.
Beberapa
orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang
berjalan di atas air dan dia berkata, “Wahai wali Allah, tolonglah kami.
Janganlah tinggalkan kami!” Lelaki itu tidak memandang ke arah orang
yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, “Wahai wali Allah,
tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!”
Kemudian
lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, “Apa
hal?” Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu
berkata, “Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang
kapal yang hampir tenggelam ini?”
Wali itu berkata, “Dekatkan dirimu kepada Allah.”
Para penumpang itu berkata, “Apa yang mesti kami buat…..?”
Wali Allah itu berkata, “Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat.”
Kesemua
mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat.
Kemudian mereka berkata, “Wahai wali Allah, kami akan membuang semua
harta kami asalkan jiwa kami semua selamat.”
Wali Allah itu berkata lagi, “Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah.”
Dengan
membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan
berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil
berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan
beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.
Habislah
kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para
penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air
sambil melihat kapal yang tenggelam itu.
Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, “Siapakah kamu wahai wali Allah?”
Wali Allah itu berkata, “Saya ialah Awais Al-Qarni.”
Peniaga itu
berkata lagi, “Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang
tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh
seorang jutawan Mesir.”
WaliAllah
berkata, “Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu
betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?”
Peniaga itu berkata, “Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah.”
Setelah
wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan
solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W>T
agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.
Tidak
berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga
terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap
seperti asal. Tiada yang kurang.
Setelah itu
dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran
ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji
dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan
membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga
tiada seorang pun yang tertinggal.
Wallahu a’alam.
0 komentar:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !